Resepi Siakap Kayangan Kontroversi

Sebaran :

Resepi Siakap Kayangan Kontroversi

Ikan siakap, macam-macam boleh masak, goreng bercili, stim atau bakar ia memang sedap dan ramai menggemari ikan ini. Malah di kebanyakan restoran ternama banyak yang menyajikan ikan ini dalam pelbagai menu yang sedap.

Baru-baru ini viral siakap dijual di sebuah restoren dengan harga lebih RM1000. Sanggup ke bayar harga macam itu? Jadi belilah siakap kat pasar tu, saiz ikut suka korang lah.

Makan di restoran agak mahal dan tak puas makan, jadi apa kata korang buat sendiri saja kat rumah dengan mencuba resepi di bawah ini.



BAHAN IKAN:

1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
Sedikit tepung
1 biji telur
Sedikit garam & lada sulah

BAHAN SOS:

1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang kasar
3cm halia | hiris halus
2 pokok daun bawang | hiris 3cm
½ biji cili bengala | hiris memanjang
Sedikit brokoli | dadu kecil
5 biji cili padi merah | hiris
5 biji cili padi hijau | hiris
1 batang serai | hiris halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya



CARA MEMASAK:

Bersikan ikan dan toskannya.
Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.

Dah pun siap dan kos nak buatnya pun murah saja, tak perlu bayar beratus atau beribu. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan kawan-kawan.

Resepi Siakap Kayangan Kontroversi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?


Sebaran :

Leave a Reply