Kerajaan gagal lucut hak barangan milik Najib, Rosmah

Sebaran :

Kerajaan gagal lucut hak barangan milik Najib, Rosmah

Mahkamah Tinggi hari ini menolak usaha kerajaan untuk melucut hak barangan mewah yang disita daripada Najib Razak, Rosmah Mansor dan anak-anak mereka oleh polis selepas pilihan raya umum (PRU) 2018.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal membuktikan barangan tersebut dibeli dengan menggunakan dana 1MDB.

“Adalah tidak mencukupi bagi pegawai penyiasat untuk hanya menyatakan pergerakan wang masuk dan keluar daripada akaun bekas Perdana Menteri dalam afidavitnya.



“Tidak diragui terdapat amaun besar yang masuk dan keluar dari akaunnya (Najib) tetapi mahkamah tidak dapat mencari kesalahan berdasarkan syak wasangka,” katanya.

Kerajaan mahu melucut hak ratusan barangan berharga yang disita daripada Najib, Rosmah dan 16 individu serta syarikat.

Ia termasuk beg tangan, wang tunai dalam pelbagai mata wang, jam tangan, kasut dan 27 kenderaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Kerajaan gagal lucut hak barangan milik Najib, Rosmah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’


Sebaran :

Leave a Reply