Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah

Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah

Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar belakang sebuah kereta yang dipandu suspek dipercayai pengedar dadah selepas cuba merempuh anggota polis dan cuba melarikan diri di Pasar Wakaf Bharu, Tumpat, petang semalam.

Menurut laporan Kosmo, kejadian dikatakan berlaku ketika anggota polis mengekori sebuah kereta Proton Wira dari Tumpat menghala ke Wakaf Bharu yang dipandu suspek, kira-kira jam 5.50 petang.



Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, suspek yang menyedari diekori polis terus memandu kereta secara berbahaya.

Katanya, polis cuba memberhentikan keretanya di bahu jalan berhampiran pasar terbabit namun suspek enggan bekerjasama sebelum mengundurkan kenderaan untuk melanggar anggota.

“Tindakan itu telah menyebabkan polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang sebelah kanan kereta tersebut.

“Pemeriksaan lanjut terhadap tubuh badan suspek dan kereta itu telah menjumpai sebanyak 943 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM9,430,” katanya dalam kenyataan.



Selain itu, Zaki berkata suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh dan Seksyen 279 kanun sama kerana memandu secara berbahaya.

Sebelum itu, video kejadian terbabit tular di media sosial selepas ia dirakam orang awam yang terdengar bunyi tembakan di lokasi berkenaan. FMT

Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker