Filem Prebet Sapu wakili Malaysia ke Oscars

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Filem Prebet Sapu terpilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik (Best International Feature Film) di Anugerah Akademi Oscars ke-94 pada 27 Mac tahun depan.

Menurut kenyataan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), pemilihan filem Prebet Sapu ini telah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS yang terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman.

“Filem terbitan syarikat produksi Le Mediator Studio, Kristal Amir Sdn Bhd dan Konda Kondi Studio arahan sulung pembikin muda, Muzammer Rahman.

“Keputusan ini dinilai berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur Oscars,” jelas FINAS.



Filem tersebut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun dan ramai lagi.

Tambah Finas, filem yang dihasilkan dalam konsep hitam putih ini juga telah mewakili Malaysia ke pelbagai festival filem antarabangsa termasuklah Udine Far East Film Festival, Itali; Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia; Toronto Reel Asian Film Festival, Kanada; Asian Film Festival Barcelona; Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India.

Secara ringkasnya filem berkenaan berkisarkan kehidupan anak muda yang mencari makan di Kuala Lumpur sebagai prebet sapu.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen nampak Shuk Sahar kantoi curang


Sebaran :

Leave a Reply