Netizen nampak Shuk Sahar kantoi curang
Tak serik-serik! Netizen nampak Shuk Sahar kantoi curang, keluar berduaan dengan wanita lain!
SEMALAM, isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossalennah telah memuat naik satu perkongsian di Insta Story mendedahkan suaminya itu sekali lagi berlaku curang di belakangnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Rossalennah atau lebih dikenali sebagai Sera memuat naik mesej perbualannya bersama dengan netizen yang menafikan dia tidak bersama dengan Shuk ketika menonton wayang di Pulau Pinang.
“Yer, siapa-siapa ada nampak itu bukan saya. Dua mangkuk ini memang tidak akan mengaku.
“Lain kali ambil gambar dan video mereka kalau nampak, jadi mereka tak boleh acah-acah mangsa,” luah Sera.
Sera turut mendedahkan bahawa wanita yang bersama dengan Shuk pada ketika itu adalah kekasih gelapnya yang dikenali sebagai Farah.
Bukan itu sahaja, individu lain turut mendakwa terserempak dengan bekas penyampai radio itu bersama wanita yang didakwa Farah sambil bergambar dengan peminat tanpa perasaan serba salah.
Ekoran daripada kejadian itu, Sera sempat menyindir Shuk yang berkelakuan seperti mangsa keadaan sedangkan ramai menjadi saksi mereka berjalan berduaan di tempat awam.
“Hari itu saya pergi urut kat kawasan Changkat Kuala Lumpur, saya nampak Shuk dengan Farah. Selamba saja tepi jalan orang ajak bergambar.
“Bangga betul pergi jalan-jalan bawak skandal. Pada ketika itu saya betul-betul jalan sebelah mereka.
“Saya ingatkan awak (Sera) tau, bila saya tengok betul-betul itu Farah, dia pakai baju Mickey yang selalu dia pakai dan tudung ‘shawl’ hitam,” dedah seorang netizen kepada Sera.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan kelakuan pelawak itu yang seperti tidak insaf dengan isu curangnya sebelum ini.
Terdahulu, Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, pernah tular mengenai kisah pergolakan rumah tangganya didakwa curang bersama wanita lain.
Namun, atas dasar sayang dan masa depan anak-anak isterinya itu memaafkan segala kesilapan yang pernah dilakukannya. Utv
Netizen nampak Shuk Sahar kantoi curang
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- Sudah tiada jalan BN, PN berunding
- DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota Laksamana pun boleh menang
- Debat Kabotaj, Guan Eng tak dapat lawan Ka Siong
- Jangan Percaya Ujian ‘Saliva’ Atau Antigen – Shahrulezad
- PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka
- Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih
- Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar
- Kaedah Mencari Barang Hilang Menurut Islam
- Resepi laksa goreng seafood sempoi
- Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik
Layari Laman Facebook MYKMU
Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim