Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik

Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik

Presiden Amanah Mohamad Sabu mempersoalkan sama ada terdapat sebarang siasatan yang dilakukan terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Abdul Hamid Bador berhubung amalan rasuah dalam politik.

Mohamad (PH-Kota Raja) berkata, walaupun sudah beberapa bulan sejak pendedahan dibuat bekas KPN itu tetapi nampaknya tidak ada sebarang siasatan dibuat berhubung dakwaan itu.



“Hamid bukan sekadar sarjan polis di Gua Musang atau koperal di Tawau. Beliau adalah KPN yang mendedahkan bagaimana rasuah dan penyelewengan berlaku dalam politik,” katanya dalam perbahasannya Rang Undang-undang Perbekalan 2022.

Dalam sidang akhbar terakhirnya sebagai pegawai polis tertinggi negara pada April lalu, Hamid menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ahli politik yang “lompat parti” sekali gus mendedahkan amalan rasuah dalam politik.

Dalam pada itu, Mohamad berkata sekiranya pendedahan Hamid itu hanya “cakap kosong”, beliau perlu disiasat kerana burukkan imej negara termasuk imej polis.

Beliau juga meminta kerajaan menyiasat pendedahan akaun Twitter menggunakan nama @edisi_siasatmy yang mendedahkan polis boleh membayar untuk kenaikan pangkat.



“Ini yang bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan meminta perkara itu segera disiasat.

“Betul ke polis nak naik pangkat kena bayar RM100,000,” katanya. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker