Ana Raffali dikecam agungkan ‘Mat Salih’

Sebaran :

Ana Raffali dikecam agungkan ‘Mat Salih’

Penyanyi Ana Raffali tenang berdepan kecaman apabila dilabel segelintir netizen sebagai seorang yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris.

Pemilik nama sebenar, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali itu memercik perdebatan dalam kalangan pengguna Twitter apabila menegur penggunaan panggilan formal yang selalunya digunakan kebanyakan rakyat Malaysia terutama di sekolah-sekolah.

Ujar Ana, penggunaan ganti nama ‘Sir’ sebagai salutasi atau protokol yang dibudayakan di sekolah bagi guru lelaki sebenarnya tidak betul.



“Tolong hapuskan penggunaan ‘Sir’ (masukkan nama orang) ketika memanggil cikgu atau pensyarah lelaki melainkan mereka telah menerima anugerah kesatria daripada Ratu England.

“Boleh gunakan ‘En.’ atau ‘Mr.’ dengan yakin atau ‘Dr.’, ‘Prof.’, ‘Datuk’, ‘Datin’, ‘Tan Sri’ dan sebagainya. Tolong,” ciap Ana yang kini merupakan seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian.

Kata pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku itu lagi, sebagai guru bahasa Inggeris, dia berasa bertanggungjawab untuk membetulkan kesalahan yang sudah lama menjadi satu amalan penggunaan bahasa ketika ini.

“Maaf, saya guru bahasa Inggeris. Kita kena biasakan yang betul. Benda mudah, kalau nak panggil sesiapa pun ‘Sir’, silakan. Cuma jangan guna bersama dengan nama pertama dia.



“Contohnya, have a great day, sir! (betul). Have a great day, Sir Ahmad! (salah),” ciap Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-25 itu.

Disebabkan rajutan panjang lebar yang dimuat naik Ana berkenaan kesalahan yang menjadi amalan ramai itu, segelintir netizen menyifatkan dirinya suka berdrama dan memanjangkan perkara remeh.

“Kenyataan anda (Ana) memang betul. Pelik kalau ada mat salih akan tanya ‘why are there so many people who received a knighthood in Malaysia‘ (mengapa ramai orang yang terima anugerah kesatria di Malaysia?).”

“Kuat dramalah awak ini,” ciap seorang netizen yang menegur tindakan Ana yang seperti suka memanjang-manjangkan sesuatu isu berkenaan budaya salutasi yang menjadi praktis di Malaysia terutama di sekolah.



Ana membalas: “Itu bukan perkara atau isi utama ciapan (saya). Saya hanya berkongsi penggunaan yang betul untuk perkataan yang dimaksudkan (Sir).

“Yang lain-lain hanya perincian sokongan sama ada untuk diterima atau tidak.”

Sekadar info, kalau mengikut sifir atau ‘undang-undang’ nahu bahasa Inggeris, salutasi formal perkataan ‘Sir’ tidak sepatutnya digunakan bersama nama orang tetapi perkara itu selalu menjadi amalan di kebanyakan sekolah di negara ini. K Online

Ana Raffali dikecam agungkan ‘Mat Salih’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply