Kerajaan bawa masuk Ahmad Idham, Eizlan Yusof ke Wisma Putra

Kerajaan bawa masuk Ahmad Idham, Eizlan Yusof ke Wisma Putra

Dua penggiat seni berpengalaman, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Eizlan Yusof bergabung dalam satu kementerian bagi membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia.

Bekas ketua pegawai eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik sebagai setiausaha kebudayaan, Kementerian Luar Negeri berkuatkua sa hari ini.

Penerbit dan pelakon Eizlan Yusof pula dilantik sebagai perunding kreatif.

Pengumuman itu dilakukan Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah di Wisma Putra, Putrajaya, sebentar tadi.

Saifuddin berkata, Ahmad Idham dilantik kerana dia mempunyai pengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif termasuk pernah memenangi anugerah antrabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.

Menurutnya, Eizlan pula dilantik kerana kebolehannya yang tidak asing lagi dalam industri dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Pelantikan mereka selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah kerangka dasar luar Malaysia. Ia bagi tujuan mewujudkan kaedah baru mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan, di samping memaparkan nilai kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.

“Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya Malaysia, Jawatankuasa Seni dan Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah pejabat menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.

“Saya yakin bahawa Ahmad Idham dan Eizlan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasi dan jayanya,” katanya. Mk

Kerajaan bawa masuk Ahmad Idham, Eizlan Yusof ke Wisma Putra


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker