Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajar membuat keputusan sendiri dalam menentukan lambang pilihan raya yang akan digunakan oleh parti-parti dalam koalisi itu termasuk Pas.

Sebaliknya, Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berpandangan keputusan penggunaan lambang pilihan raya sepatutnya ditentukan sendiri oleh parti-parti dalam koalisi PN kerana perkara itu berkaitan dengan dasar parti.

Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan bahawa Pas akan menolak mentah-mentah idea penggunaan lambang PN bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka, cuma perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat ahli Majlis Syura Ulamak pada waktu terdekat.



“Oleh kerana lambang pilihan raya bagi saya, berkaitan dengan dasar parti, jadi dalam masa terdekat, Pas akan memutuskan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Syura UIamak.

“Berkaitan isu guna lambang PN, saya berpendapat PN belum adakan apa-apa (perbincangan), sudah buat keputusan sebegitu. Sedangkan isu penggunaan lambang pilihan raya adalah berkaitan dengan parti, jadi saya minta supaya parti masing-masing yang tentukan.

“Pengerusi PN (Muhyiddin) tidak boleh terus menentukan Pas akan ikut PN (guna lambang koalisi itu) pada PRN Melaka,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan sepakat untuk bertanding pada PRN Melaka, 20 November ini menggunakan lambang PN.



DR MAHFODZ
DR MAHFODZ

Bekas Perdana Menteri kelapan itu menjelaskan keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas yang diadakan pada Isnin.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki menegaskan keputusan itu haruslah dirujuk dahulu dan diputuskan oleh badan pemutus dalam parti masing-masing.

Hal itu, jelas Zuhdi, pernah ditimbulkan kira-kira 10 tahun lalu, apabila komponen Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas, bersetuju untuk menggunakan lambang PR dalam pilihan raya sebelum seorang ahli parti itu menyarankan agar hal itu dikembalikan kepada Majlis Syura Ulamak.

Hal itu, kata ahli tersebut, memandangkan pilihan raya tidak terpisah daripada bebanan taklif yang ada justifikasi dosa dan pahalanya.



Mengulas lanjut, Dr Mahfodz mengakui parti itu akan menjadikan kes duluan keputusan penggunaan lambang pilihan raya sewaktu menyertai Barisan Alternatif (BA) dan PR, sebagai indikator penentu pendirian Pas.

“Bagi kedua-dua senario itu, sememangnya Majlis Syura Ulamak yang akan membuat keputusan terakhir untuk tentukan kita mahu pakai lambang pilihan raya mana,” katanya.

PRN Melaka: Muhyiddin umum PN bertanding menentang BN dan PH



 

DR MOHD IZANI
DR MOHD IZANI

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berpandangan pendirian terkini Pas berhubung isu lambang pilihan raya membuktikan Pas tidak bersedia untuk mengorbankan identiti parti bagi tujuan pilihan raya.

Jelas beliau, isu ini juga perkara baharu dihadapi Pas kerana sewaktu Pas menyertai BA, parti itu turut menentang cadangan penggunaan satu lambang pilihan raya bagi parti-parti dalam koalisi berkenaan.

“Bagi Pas, lambang parti itu dianggap unik, melambangkan identiti parti serta penggunaannya adalah selari dengan kehendak akar umbi yang mahu lambang ‘bulan’ dimartabatkan dalam setiap pilihan raya.



“Saya nampak Pas bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, tetapi tidak bersedia untuk mengorbankan identiti parti bagi tujuan pilihan raya lebih-lebih lagi terhadap koalisi baharu yang belum teruji seperti PN.

“Justeru, saya yakin Pas akan kekal menggunakan lambang ‘bulan’ yang sinonim dengan parti berkenaan sejak tahun 1951 bagi menghadapi PRN Melaka,” katanya.

Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti

 




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


BN kekal bertanding atas lambang sendiri dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker