Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan

Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan

Peguam kepada anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan mendakwa bahawa penahanan anak guamnya oleh pihak berkuasa adalah melanggar jaminan Perlembagaan kerana tertuduh tidak diberikan sebarang alasan mengenai penangkapan tersebut, lapor laman berita NDTV semalam.

Mukul Rohatgi berkata di mahkamah semalam bahawa tiada sebarang bukti (dadah) ditemui bersama Aryan, 23, ketika tangkapan dilakukan.



“Tiada individu boleh ditahan tanpa memberitahu alasan penangkapannya dan individu tersebut berhak untuk berunding dengan peguam pilihannya,” kata Mukul.

Menurut Biro Kawalan Narkotik (NCB), pihaknya mempunyai bukti daripada perbualan aplikasi WhatsApp pada telefon bimbit milik Aryan.

Perbualan tersebut didakwa memberikan bukti yang cukup untuk mengaitkan penglibatan tertuduh dengan ‘urus niaga dadah secara haram’ selain kaitannya dengan kartel dadah antarabangsa.

“Telefon berada pada mereka (NCB). Mereka memaklumkan mengenai perbualan WhatsApp, namun saya tidak berupaya untuk melakukan apa-apa kerana tidak tahu apa yang mereka ada,” kata Mukul.



Mahkamah Tinggi Bombay semalam melanjutkan tempoh hukuman penjara kepada Aryan selama satu malam lagi.

Dia ditahan di penjara di Mumbai selama 20 hari selepas diberkas dalam satu serbuan oleh NCB pada sebuah acara parti di atas kapal persiaran, 2 Oktober lepas. K Online

Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker