Pemandu ‘pengsan mengejut’ punca rempuh kereta, gerai jualan

Pemandu ‘pengsan mengejut’ punca rempuh kereta, gerai jualan

KAJANG – Akibat pengsan dan tersedar secara tiba-tiba dipercayai punca pemandu pacuan empat roda merempuh sebuah kereta Perodua Alza dan gerai jualan di Taman Jenaris, dekat sini semalam.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, kesemua mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku ketika Toyota Hilux yang dipandu lelaki tempatan berusia 39 tahun itu datang dari arah Giant Prima Saujana menuju pekan Kajang.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan terbabit masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan menyebabkannya terbabas ke kanan dan melanggar sebuah gerai jualan di hadapan premis rumah kedai.

“Berikutan kejadian itu, Perodua Alza mengalami kerosakan di beberapa bahagian termasuk hadapan dan bumper. Namun pemandu berusia 37 tahun tidak cedera,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada pemandu Toyota Hilux yang pitam (pengsan) semasa memandu akibat tidak makan.

“Sebaik tersedar, pemandu berkenaan panik dan gagal mengawal kenderaan hingga berlaku kemalangan.

“Hasil ujian yang dijalankan mendapati pemandu tersebut tidak berada dibawah pengaruh alkohol dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

Terdahulu, video kejadian berdurasi satu minit 20 saat itu tular di laman sosial memaparkan Toyota Hilux dalam keadaan berasap menyebabkan orang awam cuba memberikan bantuan sebelum kenderaan itu bergerak secara mengejut lalu merempuh sebuah kereta Perodua Alza, sebuah motosikal dan gerai jualan di hadapan premis rumah kedai. K Online

Pemandu ‘pengsan mengejut’ punca rempuh kereta, gerai jualan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker