Dedahkan mereka, Najib mahu SPRM dapatkan senarai terima sogokan

Dedahkan mereka, Najib mahu SPRM dapatkan senarai terima sogokan

Najib Razak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tindakan diambil terhadap individu dalam kerajaan dan 1MDB yang menerima sogokan daripada bekas pegawai tertinggi Goldman Sachs.

Bercakap kepada wartawan di luar ibu pejabat SPRM, Najib berkata beliau membuat laporan terhadap bekas pengerusi Asia Tenggara Goldman Sachs, Tim Leissner supaya pihak berkuasa boleh menyoal siasat atau mengekstradisi bekas pegawai tertinggi Goldman Sachs itu.

Sebelum ini Leissner dilaporkan mengaku salah menyogok beberapa individu, di mahkamah New York.

Mereka yang menerima rasuah berkenaan tidak dinamakan, namun dilapor sebagai berprofil tinggi, dan terlibat dengan menyalur keluar dana daripada 1MDB dan menerima dana dicuri itu.

Susulan itu, Goldman Sachs terpaksa membayar penalti serta gantirugi sehingga RM16.4 bilion kepada kerajaan Malaysia. FMT

Dedahkan mereka, Najib mahu SPRM dapatkan senarai terima sogokan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker