Seleweng geran MITRA, SPRM tahan 16 pengarah syarikat

Seleweng geran MITRA, SPRM tahan 16 pengarah syarikat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 16 pengarah syarikat disyaki terbabit dengan penyelewengan geran peruntukan dikeluarkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) tengah malam tadi.

Sumber SPRM berkata, kesemua suspek ditahan dalam satu operasi besar-besaran di sekitar Lembah Klang bermula semalam.



Sumber itu menyebut, dianggarkan puluhan juta dilesapkan oleh kumpulan ini yang pada asalnya memohon geran berkenaan bagi melaksanakan program-program sosioekonomi masyarakat India.

Menurut sumber, kes ini akan merangkumi semua bentuk permohonan dan perbelanjaan peruntukan geran yang telah disalurkan oleh MITRA bermula 2018 hingga kini.

“Kita menganggarkan hampir 60% daripada peruntukan geran yang diterima oleh syarikat, orang perseorangan dan yayasan bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang sepatutnya.

Antara individu yang dibawa SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa untuk permohonan reman bagi membantu siasatan penyelewengan dana geran peruntukan yang dikeluarkan Mitra.

“Peruntukan ini dipohon daripada MITRA dan kemudian diselewengkan untuk kepentingan individu tertentu,” kata sumber itu.



Sumber menjelaskan, tiada program dibuat serta tiada pernyataan perbelanjaan dapat dikemukakan oleh pihak berkuasa.

“MITRA telah distruktur semula pada 2018 semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Namun pada April 2020 hingga kini, MITRA diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan dianggarkan memperoleh bajet RM100 juta setahun,” katanya.

Sumber berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 24 hingga 68 tahun itu akan dihadapkan Ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi proses reman bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.



Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kesemua penahanan berkenaan.

“Siasatan dibuat bawah Seksyen 16(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. FMT

Seleweng geran MITRA, SPRM tahan 16 pengarah syarikat


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker