Gerabak LRT terabai di Ulu Yam?

Gerabak LRT terabai di Ulu Yam?

Prasarana Malaysia Berhad berkata set kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) yang didakwa diabaikan dalam video yang tular di media sosial, sebagai bukan milik syarikat itu lagi.

“Pemilikan set kereta api tersebut dipindahkan kepada CSR-Zhuzhou pada 2014 sebagai sebahagian daripada program beli balik (buy-back) bagi pembelian 50 set kereta api baru yang kini digunakan untuk LRT aliran Ampang-Sri Petaling,” kata Prasarana dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu selepas siri video yang didakwa menunjukkan sejumlah kereta api yang terabai di satu kawasan terbuka di Ulu Yam, Selangor. Video tersebut tular di media sosial baru-baru ini.

Ia mencetuskan perbincangan dengan ada yang mempersoalkan mengapa kereta api tersebut, yang berhenti digunakan pada enam tahun lalu, berada di kawasan terbuka.

Menurut Prasarana, CSR-Zhuzhou mengesahkan yang kereta api itu telah dijual kepada pihak ketiga pada 2016, yang kemudian meletakkannya di satu kawasan milik persendirian di Ulu Yam.

“Memandangkan ia bukan aset mahupun tanggungjawab Prasarana, tidak sesuai untuk kami mengulas lanjut berkenaannya,” kata syarikat itu.

Tidak jelas siapakah pemilik semasa kereta api itu – yang digunakan untuk LRT aliran Ampang dan Sri Petaling selama sembilan tahun sejak sistem itu mula beroperasi pada 1996.

Ia tidak lagi digunakan apabila Prasarana membeli 50 kereta api enam gerabak berjumlah RM990 juta daripada CSR-Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd pada 2015. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Gerabak LRT terabai di Ulu Yam?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker