DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’

Sebaran :

MELAKA: DAP tetap meletakkan calonnya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu memandangkan kawasan tersebut dimenangi atas tiket parti itu sebelum ini.

Itu penegasan Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang mendakwa akan menggunakan tiket PKR bagi mempertahankan kerusi disandangnya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, Pakatan Harapan (PH) telah mencapai persefahaman bahawa, mana-mana kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan kekal menjadi milik komponen berkenaan pada PRN Melaka.

Justeru, beliau meminta Norhizam berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, kononnya akan bertanding atas tiket PH sedangkan dirinya bukan lagi sebahagian daripada gabungan berkenaan.



“Pengkalan Batu, DAP akan bertanding. Itu persefahaman antara rakan parti komponen dalam PH. Di mana semua yang menang, akan kembali bertan­ding di DUN berkenaan. Kita akan tanding semula di kerusi yang kita menang, Pengkalan Batu pasti DAP akan tanding.

“Dia (Norhizam) bukan ahli PH, bukan lagi sebahagian daripada PH. Macam mana dia boleh kata akan bertanding atas tiket PH?,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Norhizam menga­kui tidak terkesan dengan kenya­taan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolaknya sebagai calon parti itu pada PRN Melaka.

Norhizam yang dikenali de­ngan nama YB (Yang Berhormat) Viral menegaskan, beliau bakal menggunakan kuota milik PKR.



Katanya, meskipun kepe­mimpinan DAP bersikap dingin, Presiden PKR merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut penyertaan kembalinya dalam gabu­ngan tersebut sebagai ‘wira’. – UTUSAN

DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




PRN Melaka: Umno belum putuskan isu kerjasama dengan parti lain


Sebaran :

Leave a Reply