Mahfuz, mai sini kejap – Najib

Mahfuz, mai sini kejap – Najib

Mahfuz oh. Mahfuz, mai sini kejap.

Ada benda nak tanya hang.



Katakanlah kawan kamu dengan dua orang lagi singgah ke restoran untuk makan tengah hari.

Dorang pesan lauk sambal hijau petai bilis, sambal petai sotong, sambal telur puyuh bersama petai dan udang gulai lemak petai muda dengan nasi kosong.

Lepas puas makan, cashier restoran berikan bil RM45 dan kawan-kawan kamu jelaskan sepenuhnya. Settled.

Tapi bila dorang nak keluar restoran dan settle bayar bil, manager restoran tiba-tiba halang.



Terus sergah kata bil mereka belum habis dijelaskan. Suruh kamu bayar RM170,000 lagi.

Suruh kawan-kawan bayar dulu, bincang dan semak bil kemudian.

Jika tak bayar, kawan-kawan kamu tak boleh tinggalkan restoran dan akan dibelasah sampai lunyai, dan akan viral satu Malaysia supaya semua senang nak sama-sama caci.

Selepas gaduh berjam-jam lamanya dan manager pulak terpekik terlolong nak satu dunia tahu, nasib baiklah ada pekerja-pekerja lain bersama cashier maklumkan pada owner restoran bahawa manager ini sengaja nak kenakan kawan-kawan hang atas permintaan musuh-musuh kawan hang. Bagus pekerja dan cashier. Amanah betul.



Lantas owner check bil asal dan berpuas hati bahawa kawan kamu telah jelaskan bil sepenuhnya. Memang bil cuma RM45 sahaja dan bukan RM170,000 seperti didakwa dan dikompangnya pada satu dunia.

Lalu, owner pun pecat manager restoran sebab salah gunakan kuasa.

Jadi, Mahfuz,,..

Untuk situasi ini adakah kamu akan tuntut keadilan pada member-member kamu atau kamu akan bekap manager restoran?



Done, Mahfuz, faham tak ni?

NAJIB RAZAK

Mahfuz, mai sini kejap – Najib


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker