Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui

Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui

SINGAPURA: Akibat terlalu percaya kepada ‘nasihat’ pakar feng syui, seorang lelaki tergamak memperkosa anak kandungnya sendiri.

Pembantu kedai di Singapura itu diberitahu pakar feng syui di Malaysia bahawa dia akan ditimpa kecelakaan yang hanya boleh dielak jika melakukan hubungan seks dengan seorang perawan, lapor Straits Times.



Pakar feng syui itu menawarkan bantuan untuk mendapatkan perawan dengan harga RM2,000 (S$650), tetapi lelaki itu sebaliknya memutuskan untuk melakukan hubungan seks dengan anak perempuannya sendiri yang berusia 11 tahun.

Lelaki itu, yang kini berusia 50 tahun, dijatuhi hukuman penjara 23 tahun pada Isnin (18 Okt) setelah dia mengaku salah atas satu tuduhan pemerkosaan dan satu tuduhan serangan seksual.

Tujuh tuduhan lain, termasuk enam tuduhan mencabul kehormatan, turut dipertimbangkan atas kesalahan yang dilakukan di antara Oktober dan Disember 2018.

Disebabkan usianya, dia tidak akan menjalani hukuman sebat, sebaliknya diganti dengan tambahan tempoh penjara.

Hakim Pang Khang Chau bersetuju dengan pendakwa raya bahawa kesalahan itu dilakukan dengan niat kerana tertuduh bertindak mengikut ‘nasihat’ pakar feng syui pada September 2018.



Hakim berkata tertuduh juga menunggu isteri dan seorang lagi anak perempuannya meninggalkan rumah sebelum merogol mangsa.

Tertuduh difahamkan tinggal bersama isteri, anak lelaki dan dua anak perempuannya di sebuah flat dengan empat bilik tidur.

Mangsa dan kakaknya tidur bersama ibu dan tertuduh.

Mangsa tidak mendedahkan tindakan keji itu kepada ibu atau kakaknya kerana tidak mahu ibu bapanya bercerai.



Rahsia itu walau bagaimanapun terbongkar apabila mangsa ditangkap guru di sekolah kerana merokok dan minum arak.-Today Online

Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin



Zul Yahya Tampil Bersuara Isu KJ Nak Susahkan AntiVaksin – ‘Mereka Bukan Penjenayah Atau Pengganas’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker