Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan

Sebaran :

Tahanan diseksa seperti binatang, Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan

BEIJING: Dirotan pada punggung, dikenakan renjatan elektrik pada alat kemaluan dan tahanan wanita diseksa sambil berbogel.

Itu merupakan pengakuan seorang bekas pegawai polis China menerusi satu laporan yang menceritakan bagaimana dia memukul dan menyeksa tahanan lelaki serta wanita termasuk etnik Uighur yang ditahan pihak berkuasa negara ini.

Lapor Daily Mail, bekas pegawai polis berusia 39 tahun itu hanya mahu dikenali sebagai Jiang kerana dia bimbang dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan China kerana lantang bersuara.



Jiang merupakan anggota pasukan keselamatan pertama China yang berani mendedahkan tindakan kekejaman republik itu selain menawarkan bukti wujudnya aktiviti pembersihan etnik terhadap penduduk Uighur di Xinjiang.

“Di dalam bilik tahanan, sekurang-kurangnya tiga pegawai polis akan menyeksa tahanan, sama ada menendang dan menumbuk mereka atau disebat menggunakan cemeti.

“Tali pinggang merupakan ‘alat’ paling ditakuti oleh tahanan kerana ramai dalam kalangan mereka yang tidak tahan dipukul dengan tali pinggang, malah ada yang mati,” katanya.

Jiang juga memberitahu, selepas dipukul, mata dan mulut tahanan akan bengkak sehinggakan mereka tidak boleh melihat, selain darah memenuhi seluruh muka.



Lebih malang, ada juga tahanan kehilangan mata akibat dipukul.

“Dalam keadaan luka penuh di muka dan darah mengalir, kami akan menyimbah air ke arah tahanan untuk ‘menyedarkan’ mereka, selain tidak membenarkan mereka tidur selama beberapa hari.

“Jika tertidur, mereka akan dipukul dan beberapa hari kemudian, tahanan dibawa ke hospital untuk merawat semua luka,” ujarnya.

Menurut Jiang, satu lagi seksaan yang paling ditakuti tahanan adalah renjatan elektrik pada alat kemaluan, tidak kira lelaki atau perempuan, mereka pasti akan merasainya.



Katanya, tahanan wanita turut diseksa dalam keadaan berbogel dengan kedua tangan mereka dipasang gari keluli yang ketat.

Semasa disoal siasat, tangan tahanan yang bergari akan dihentak kuat beberapa kali di atas meja sehingga ada dalam kalangan mereka menangis sehingga tidak keluarkan suara.

Jelas Jiang, tahanan kanak-kanak seawal usia 14 tahun turut tidak terlepas seksaan kejam pihak berkuasa China.

“Tiada belas kasihan terhadap tahanan, tidak kira mereka masih muda atau tua. Semuanya akan rasa seksaan ngeri.

“Ada juga pegawai keselamatan menggunakan tukul untuk mematahkan kaki tahanan, tidak memberi makanan atau menyimbah air sejuk ketika mereka dibogelkan,” jelasnya.

Testimoni mengejutkan Jiang dianggap besar dan amat berpengaruh kerana dia berasal daripada keluarga pegawai polis yang berikrar untuk janji setia dengan Perlembagaan China.

“Jiang percaya dia melakukan tugas sebagai anggota polis yang sebenar, ditambah dengan propaganda kerajaan kononnya menjadi tugas polis untuk memerangi pemberontakan pengganas, pemisah dan militan Islam.

“Propaganda itu secara tidak langsung menutup sikap kemanusiaan banyak anggota polis sehingga mereka sanggup menyeksa tahanan dengan cara yang tidak boleh digambarkan,” jelas laporan itu.

Jiang memaklumkan, dia sering melihat penduduk Uighur menjadi sasaran dan mangsa kekejaman polis secara rutin, selain turut menunjukkan beberapa dokumen rasmi sulit, bahan polis dan gambar untuk menyokong keterangannya.

Dokumen itu termasuk arahan rasmi dikeluarkan pada akhir 2015 bagi menyampaikan perintah Presiden Xi Jinping kepada semua pasukan polis untuk memantau, menyoal siasat dan berkongsi maklumat mengenai ‘individu yang membimbangkan’ yang didakwa Jiang merupakan kod bagi penduduk Uighur.

Sementara itu, seorang penyelidik kanan mengenai isu China di Human Rights Watch, Maya Wang berkata, pendedahan bekas pegawai polis itu secara tidak langsung ‘menambah koleksi testimoni mengerikan’ mengenai tahanan yang diseksa, saksi serta imej satelit pembangunan pusat tahanan dalam skala besar-besaran sedia ada.

“Kesemua itu menunjukkan jenayah terhadap kemanusiaan oleh kerajaan China,” katanya. Utusan

Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *