Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)

Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak! Umur 50 tahun tapi masih awet muda

Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah ungkapan yang sering kali kita dengar bila berbica soal jodoh. Seperti satu video yang tular di laman TikTok, menceritakan seorang wanita yang dipertemukan jodoh ketika berusia 50 tahun.

Ibu kahwin dulu

Menerusi video dikongsi seorang gadis menceritakan ibu tersayang dipertemukan jodoh dengan lelaki pilihan hati. Video pendek itu memaparkan sesi akad nikah di dalam sebuah masjid dan gambar-gambar pasangan ini yang segak mengenakan busana pengantin.

Tahniah emak, walaupun umur 50 tahun dah. Alhamdulillah jodoh baru sampai.

Gadis berusia 24 tahun ini, turut akui telah mendapat bapa tiri muda dan dia sama sekali tidak mendedahkan umur bapa tirinya. Menerusi ruangan komen rata-rata netizen seakan-akan tidak percaya dengan umur ibunya yang kelihatan ‘awet muda’ dan mendakwa itu merupakan kakaknya.

Ha bapa muda.

Bagaimanapun, gadis ini menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan wanita yang berkahwin itu merupakan ibunya. Pada masa yang sama, netizen turut menitipkan doa buat pasangan ini dan mendoakan agar pasangan ini berkekalan buat selama-lamanya.

Video penuh:

Kalau dah jodoh tak ke mana!

Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker