Ribuan dolar AS ditemui dalam tong sampah

BEIRUT, LEBANON – Sebuah video tular di media sosial baru-baru ini kerana memaparkan sejumlah mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) ditemui di dalam tong sampah di sebuah perkampungan di Lebanon, lapor akhbar Metro UK semalam.

Datuk Bandar Sin el Fil, Nabil Kahala mengesahkan perkara tersebut, namun memberitahu bahawa wang yang ditemui tersebut adalah palsu.

“Wang tersebut adalah palsu dan merupakan kertas kosong yang dicetak dengan imej wang kertas dan dihasilkan beribu-ribu kali dalam bentuk jalur gambar,” katanya.

Nabil berkata, beliau menerima panggilan daripada seorang individu yang memaklumkan bahawa bandar Sin el Fil ‘tenggelam’ dalam ribuan dolar.

Tong sampah yang menempatkan wang tersebut dibiarkan di sebuah kawasan tanpa pengawasan kamera.

Syarikat pengumpulan sampah telah mengosongkan bekas tersebut.

Menurut laporan, pekerja yang menjumpai ‘durian runtuh’ palsu itu bertanggungjawab berkongsi insiden itu di media sosial. – AGENSI

Ribuan dolar AS ditemui dalam tong sampah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


DSP didakwa ugut nak bunuh wanita kini disiasat polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker