Video erotik Syahrini disebar bapa angkat

Sebaran :

Video erotik Syahrini disebar bapa angkat

PENGHIJRAHAN penyanyi Syahrini yang kini tampil dengan imej lebih sopan dan menutup aurat tercalar angkara bapa angkatnya. Semuanya akibat tindakan lelaki yang dikenali sebagai

Laurens itu memuat naik video menunjukkan Syahrini menari di dalam sebuah kelab malam.

Lebih mengaibkan, dalam video tersebut kelihatan Syahrini tampil dengan imej seksi dan menari bersama seorang penari lelaki ‘Mat Salih’ dalam keadaan penuh mengghairahkan di kelab malam Colosseum, Jakarta, Indonesia.

“Sangat berbakat,” tulis pengguna bernama @liohk dalam Instagram.

Perkongsian klip video yang dipercayai dirakam beberapa tahun lalu tersebut mula menuai tanda tanya netizen yang bertanyakan tentang motif Laurens memuat naiknya dalam laman sosial.

Rata-rata peminat penyanyi itu kesal apabila video tersebut disebarkan pada saat penyanyi yang popular dengan lagu Sandiwara Cinta itu sudah berhijrah menjadi individu yang lebih baik.

Pun begitu, masih ada segelintir netizen melemparkan kecaman ke atas penyanyi itu.

“Kata Syahrini dia berasal dari keluarga yang warak agamanya. Tapi kenapa penampilannya dahulu seperti ini?” ujar seorang netizen. K Online

Video erotik Syahrini disebar bapa angkat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3


Sebaran :

Leave a Reply