Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak

Barret merakam kelakuan tidak senonohnya dalam sebuah bilik persalinan pasar raya di Britain. – BPM

LONDON – Seorang wanita yang merakam aksinya berkelakuan tidak senonoh di sebuah pasar raya terkemuka di Britain dan menjual video tersebut pada harga £200 (RM1,137) dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Tiffany Barret, 32, menghantar rakaman tersebut kepada teman lelakinya yang juga merupakan seorang pedofil, Christopher Shaw, serta membayar wang kepadanya sebelum dikongsi secara online.

Dia merakam kelakuan tidak senonoh di bilik persalinan pasar raya tersebut dan beberapa lokasi awam lain dengan dilihat kanak-kanak.

Aksi menjijikkan itu dikesan apabila pasukan penyiasat eksploitasi seksual kanak-kanak menjumpai salah satu daripada klip video tersebut.

Berdasarkan siasatan, mereka turut mendapati bahawa Shaw mempunyai banyak lagi gambar penderaan seksual kanak-kanak yang mengerikan.

Pendakwa raya, Darren Whitehead memberitahu Mahkamah Diraja Stoke bahawa Barret mengakui telah menghantar video tersebut kepada seorang lelaki bernama ‘Chris’.

“Tertuduh menyatakan bahawa lelaki itu akan memintanya merakam video di kawasan-kawasan aneh termasuk bilik persalinan pasar raya,” kata Whitehead.

Sementara itu, hakim Paul Glenn ketika menjatuhi hukuman kepada pasangan kekasih itu berkata, Shaw menerima imej seksual kanak-kanak tersebut untuk memuaskan nafsunya.

“Anda terlupa bahawa mereka ialah kanak-kanak yang telah didera dan dijadikan bahan hiburan oleh individu seperti anda.

“Ini merupakan aktiviti pemangsa seksual,” katanya.

Barret dipenjarakan selama 16 bulan atas kesalahan menyebabkan kanak-kanak menjadi saksi kelakuan tidak senonohnya selain Shawn turut dijatuhkan hukuman sama.  – AGENSI

Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker