Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat

Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mendakwa telah dihalang menggunakan fasiliti kerajaan, sehingga menyukarkannya berkhidmat kepada rakyat yang diwakilinya.

Beliau mendakwa, terdapat arahan kerajaan negeri yang memaksa beliau dan dua lagi bekas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) untuk memulangkan kenderaan rasmi serta menghalang mereka menggunakan pusat khidmat masyarakat.



“Bila tak ada wakil rakyat, tak ada Exco, kita masih ada fasiliti kerajaan, seperti di Melaka kita ada pusat khidmat masyarakat… itu tidak bagi kita masuk, dan (mereka) nak ambil balik.

“Kereta rasmi itu kita boleh pulangkan. Tapi tiga mantan Exco ini terpaksa pulangkan kenderaan rasmi Exco… dan juga (tak dibenar guna) pusat khidmat masyarakat… yang enam (Exco) lagi tak pulangkan macam bapa dia punya,” dakwanya pada sidang media di sini, malam ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Mohd Shamsul Iskandar Md Akin; Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan ADUN Telok Mas, Datuk Nor Effandi Ahmad.

Difahamkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga ADUN Sungai Udang sepatutnya menyertai sidang media berkenaan, namun beliau tidak muncul.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar, yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya mendakwa, tindakan kerajaan negeri terhadap ketiga-tiga bekas Exco itu seolah-olah mereka adalah ‘enemy of the state’.



“PKR berpegang kepada prinsip justice, kalau pembubaran itu berlaku, sewajarnya tak ada lagi mana-mana wakil rakyat, Exco, yang terus guna fasiliti kerajaan. Tetapi jangan layan mantan ini sebagai enemy of the state.

“Ini prinsip manusiawi, ikut dan hormat, dan jangan anggap mereka tak ada langsung jasa kepada kerajaan Melaka,” dakwanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, PKR berharap agar Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dapat melihat dan meneliti arahan di peringkat negeri, dan jangan ada lagi arahan seperti menghukum, menghina, dan membuli mantan Exco dan wakil rakyat.-Awani

Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


5 reformasi hentikan sarkas katak

Saintis ramal Bumi tidak stabil kerana bulan semakin jauh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker