Menghadap Agong, Dap minta Norhizam tidur awal, jangan mimpi

Menghadap Agong, Dap minta Norhizam tidur awal, jangan mimpi

Adun Kota Laksamana, Low Chee Leong hari ini menasihatkan Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee supaya tidak bercakap sebagai mewakili Pakatan Harapan (PH).

Mengulas dakwaan Norhizam bahawa Adun Melaka merancang untuk pergi ke Istana Negara hari ini untuk mengadu keputusan Yang di-Pertua Negeri membubarkan dewan undangan negeri Melaka, katanya bekas ahli DAP itu tidak mewakili PH.



“(Pengerusi PH Melaka) Adly Zahari telah menafikan perkara ini. Saya ingin menegaskan bahawa Norhizam harus berhenti mencemarkan nama baik PH, kerana bukan semua Adun PH menerimanya sebulat suara …

“Jangan juga bermimpi DAP akan terima dia sebagai rakan. Tidur awal, jangan mimpi!” katanya di Facebook.

Terdahulu, Adly dalam satu kenyataan di Facebook berkata PH Melaka tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong bagi membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Sebaliknya, menurut bekas ketua menteri itu, fokus mereka adalah untuk membawa isu itu ke mahkamah. Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan Norhizam semalam bahawa 15 Adun – termasuk 11 dari PH – akan mengadu soal pembubaran DUN kepada Agong.



“PH negeri Melaka setakat ini tiada rancangan bertemu Yang di-Pertuan Agong.

“Fokus kini untuk membawa pembubaran DUN ke Mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran termasuk menghormati Perkara 19(2) Perlembagaan negeri,” kata bekas ketua menteri itu di Facebook.

Norhizam adalah seorang daripada empat Adun yang menarik semula sokongan kepada kerajaan BN-PN di Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, hingga menyebabkannya hilang majoriti.

Selain Norhizam yang merupakan Adun bebas, tiga lagi Adun lain adalah Idris Haron (Umno-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).



Susulan itu, DUN Melaka dibubarkan selepas Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam menerima cadangan yang dikemukakan Sulaiman, bagi membuka laluan untuk pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Semalam, Norhizam berkata 15 Adun, termasuk 11 daripada PH bersetuju untuk menyampaikan aduan kepada Seri Paduka berhubung pembubaran DUN Melaka, selepas permintaan mereka untuk bertemu Ali tidak dilayan.

Sepatutnya, menurut kata Norhizam, hari ini mereka akan berangkat ke Istana Negara bagi tujuan itu.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui tindakan beberapa Adun yang berpaling tadah pada 2020, gabungan BN-PN menguasai 17 kerusi berbanding 11 oleh pembangkang. Antara yang berpaling tadah ketika itu adalah Norhizam. Mk



Menghadap Agong, Dap minta Norhizam tidur awal, jangan mimpi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker