Doktor Di Jepun Kesan Satu Lagi Gejala Covid-19, Kali Ini Tak Selesa Di Dubur…

Doktor Di Jepun Kesan Satu Lagi Gejala Covid-19, Kali Ini Tak Selesa Di Dubur…

KITA semua sedia maklum bahawa Covid-19 menyebabkan pesakit mengalami gejala-gejala tertentu seperti demam, hilang deria rasa, pening kepala, cirit birit dan banyak lagi.

Kedengaran pelik, tetapi sekumpulan doktor di Jepun menjumpai satu lagi gejala Covid-19 yang menyebabkan pesakit merasakan mereka perlu sentiasa bergerak untuk melegakan ketidakselesaan di bahagian dubur.

Mereka melaporkan gejala itu pertama kali berlaku kepada lelaki berusia 77 tahun, yang direkodkan dalam jurnal perubatan BMC Infectious Diseases.

Menurut doktor, lelaki yang tidak dinamakan itu dirawat di Tokyo Medical University Hospital kerana jangkitan koronavirus ‘ringan’.

Antara gejala jangkitan Covid-19 adalah demam, batuk-batuk dan pening kepala.

Dalam tempoh rawatan, lelaki itu turut menderita dengan masalah insomnia dan kegelisahan.

“Beberapa minggu selepas discaj, dia secara beransur-ansur mulai mengalami ketidakselesaan di bahagian dubur.

“Sebelum dijangkiti Covid-19, dia tidak pernah mengalami ketidakselesaan di bahagian dubur,” kata doktor terbabit.

Gejala itu kebanyakannya berlaku kira-kira 10 sentimeter di dalam kawasan perineum iaitu kawasan di antara alat kelamin dan lubang dubur.

Kesakitan ini semakin teruk ketika dia berehat tidak melakukan apa-apa dan pada waktu malam ketika mahu tidur, membuatkannya sentiasa rasa ingin bergerak.

Restless anal syndrome menyebabkan pesakit berasa sakit di kawasan dubur ketika duduk tanpa melakukan apa-apa.

“Melakukan senaman seperti berjalan atau berlari dan bermain permainan televisyen dengan bersemangat membuatkan sakit itu lega seketika, sementara berehat menjadikannya bertambah buruk,” kata laporan itu.

Lelaki itu juga harus mengambil pil tidur untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak tanpa berasa sakit.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan lelaki itu mempunyai buasir, dan doktor mendiagnosis lelaki itu dengan restless anal syndrome yang dianggap sebagai satu varian restless legs syndrome, satu kondisi yang menyebabkan seseorang merasakan keperluan untuk menggerakkan kaki kerana berlaku kerosakan pada sistem saraf.

Restless legs syndrome juga merupakan salah satu gejala Covid-19 dengan banyak bekas pesakit yang melaporkan mengalami gejala tersebut beberapa minggu selepas pulih daripada virus berkenaan.

Doktor Di Jepun Kesan Satu Lagi Gejala Covid-19, Kali Ini Tak Selesa Di Dubur…


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melaka: Tiada lagi alasan untuk tunda demokrasi

Dua kemungkinan natijah krisis Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker