[VIDEO] Tindakan Lori ‘Towing’ Pandu Di Hadapan Ambulans DiKecam

Sejak penggunaan dashcam pada kenderaan semakin meluas, lebih banyak salah laku pengguna jalan raya telah dirakam, lebih-lebih lagi daripada dashcam van ambulans.

Terbaharu, tular satu rakaman video menunjukkan sebuah lori towing telah ‘melambatkan’ dengan memandu di hadapan van ambulans yang mahu bergegas melepasi trafik.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

Tindakan pemandu lori towing itu telah menyebabkan laluan trafik bertambah sesak ekoran saiz lori yang besar berbanding kenderaan yang lain. Bahkan van ambulans tersebut nyaris berlanggar kerana lori itu tiba-tiba brek secara mengejut.



Dalam video tersebut juga kedengaran pemandu van ambulans membuat pengumuman melalui pembesar suara,

“Hey, you ambulans ke belakang ambulans?”.

Rakaman video pendek itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang kurang senang dengan tindakan kurang bertimbang rasa pemandu lori tersebut dan ada juga yang menyatakan van ambulans akan tersangkut lebih lama jika lori tersebut berhenti di tepi jalan.

 



vocket-lori-towing-ganggu-ambulans-3

vocket-lori-towing-ganggu-ambulans-4

vocket-lori-towing-ganggu-ambulans

vocket-lori-towing-ganggu-ambulans-1



vocket-lori-towing-ganggu-ambulans-2

Berdasarkan video yang dikongsikan, jika anda seorang pemandu lori towing, apakah keputusan paling betul yang anda akan lakukan?-TVC



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker