UAE, Israel bekerjasama dalam syarikat penerbangan

UAE, Israel bekerjasama dalam syarikat penerbangan. Hubungan antara Emiriah Arab Bersatu dan negara haram Israel semakin erat apabila kedua-duanya mengambil keputusan bekerjasama dalam sektor penerbangan.

Perkara itu diumumkan oleh syarikat penerbangan kedua-dua pihak hari ini.

Langkah itu menyusul selepas Menteri Luar Negeri Israel, Yair Lapid mengadakan kunjungan ke UAE pada minggu ini bagi merasmikan kedutaan negara penjajah itu di Dubai dan Abu Dhabi.

Syarikat penerbangan terbabit berkata, keputusan itu diambil berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) Perjanjian Abraham atau hubungan normalisasi yang ditandatangani oleh UAE dan Israel pada tahun lalu.

Menerusi perjanjian itu, syarikat penerbangan Yahudi El Al akan menjual dan menawarkan tiket penerbangan dengan lebih kerap kepada anggotanya untuk perkhidmatan syarikat penerbangan Etihad sebanyak dua kali seminggu antara Abu Dhabi dan Tel Aviv mulai 18 Julai.

Sementara menunggu kelulusan peraturan, Etihad pula akan mula menjual tiket bagi 14 laluan yang dikendalikan oleh El Al di samping memberi faedah kepada syarikat penerbangan yang kerap beroperasi. -Agensi

UAE, Israel bekerjasama dalam syarikat penerbangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Guna Saluran Rasmi, “Bendera Putih’ Tidak Diiktiraf Di Kedah – MB Kedah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker