Resepi Ayam Cordon Bleu Sos Lada Hitam



Resepi Ayam Cordon Bleu Sos Lada Hitam

Ayam Cordon Bleu dengan Sos Lada Hitam Cendawan

Chicken cordon bleu atau ayam cordon bleu merupakan antara hidangan kegemaran ramai jika ke restoran masakan barat.

Kali ini kita kongsikan resepi ayam gordon bleu dengan sos lada hitam cendawan yang sedap seperti direstoran. Tak menggunakan banyak bahan dan cara penyediaan pun mudah. Jom cuba!

BAHAN




1 ketul dada ayam
1 keping sosej
1 keping keju cheddar
Sedikit serbuk paprika
Sedikit herba oregano
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit rosemary
Sedikit garam

BAHAN SOS

1 labu bawang Holland
1 ulas bawang putih
1 sudu besar mentega
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ cawan susu cair
1 cawan air
4 cendawan butang – hiris
Garam

CARA

1.Belah dua dada ayam dan masukkan sosej serta keju ke dalam ayam yang telah dibelah.




2.Satukan paprika, oregano, serbuk lada hitam dan rosemary.

3.Kemudian gaulkan pada ayam dan bakar sehingga masak. Angkat dan susun di atas pinggan.

4.SOS : Panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih. Kacau rata dan masukkan lada hitam.

5.Apabila sudah mendidih, masukkan susu dan kacau sebati.

6.Masukkan pula, cendawan butang yang telah dihiris dan perasakan dengan garam secukup rasa. Utv




Resepi Ayam Cordon Bleu Sos Lada Hitam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Terung Goreng Kicap Bercili



Leave a Reply

Your email address will not be published.