Resepi Terung Goreng Kicap Bercili

Resepi Terung Goreng Kicap Bercili

Resepi yang kita kongsikan di entry in memang adalah resepi yang sangat mudah tapi cukup membuka selera iaitu Terung Goreng Kicap Bercili.

Macam yang selalu saya coretkan, kadang-kadang kita tak perlu bersusah payah dengan resipi panjang berjela untuk menikmati masakan enak bersama keluarga, mudah pun sedap juga. 🙂



Ini adalah salah satu cara untuk masak sayur terung, dan bagi sesiapa yang suka pedas, sila lebihkan cili padi.

Terung Goreng Kicap Bercili
Masa Penyediaan: 10 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-Bahan:

2 biji terung panjang, saiz sederhana
5-10 biji cili padi, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang besar. hiris nipis
Kicap manis
Garam
Minyak, untuk menggoreng dan menumis



Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk memasak:

Potong dadu terung tapi jangan terlalu kecil. Gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam anggaran 2 cawan dan goreng terung separuh masak. Jangan sampai lembik. Goreng berperingkat sehingga selesai.

Kurangkan minyak dalam anggaran 1 senduk. Tumis bawang besar dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih dan diikuti terung yang digoreng tadi. Masukkan pula kicap pekat. Jika anda suka berkuah, lebihkan kicap.



Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips:

Bawang putih dimasukkan agak lambat sedikit kerana jika digoreng agak lama ia mudah hangus dan memberikan rasa pahit yang tidak enak.

Resepi Che Nom



Resepi Terung Goreng Kicap Bercili


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi ayam panggang sos cili strawberi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker