Resepi ayam panggang sos cili strawberi

Resepi ayam panggang sos cili strawberi

Mahu cuba sesuatu yang baru? Apa kata cuba resipi ayam panggang dan sos cili strawberi yang dikongsi oleh Rohana Abu Samah ini. Memang unik dan sedap.

BAHAN



1 ekor ayam – belah 2

BAHAN KISAR

1 batang serai
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
5 biji buah keras
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap hitam
Air secukupnya
Garam

SOS CILI STRAWBERI



BAHAN:

10 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak bijan
6 sudu besar sos ikan
3 sudu besar cuka epal atau cuka makan
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
5 biji strawberi
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
3 biji strawberi di cincang kasar

CARA

1.Lumurkan ayam bersama bahan kisar dan perap seketika.



2.Masukkan ayam dalam periuk dan reneh dengan api yang kecil selama 30 minit.

3.Angkat dan masukan ke dalam dulang pembakar. Sapukan sedikit minyak, dan bakar di dalam ketuhar lebih kurang 15 minit dengan api yang sederhana panas.

4.SOS CILI STRAWBERI : Kisar cili merah, strawberi dengan bawang putih hingga halus. Masukkan ke dalam periuk.

5.Masukkan sekali minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram dan kicap. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan secawan air.



6.Setelah sos pekat dan berkilat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
7.Ayam yang telah siap dipanggang, dihidangkan bersama sos cili strawberi.

Resepi oleh Rohana Abu Samah

Resepi ayam panggang sos cili strawberi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi asam pedas ikan pari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker