Tukang urut hina azan di Facebook ditahan



Tukang urut hina azan di Facebook ditahan

SEBERANG PERAI – Seorang tukang urut wanita ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Bukit Mertajam di sini semalam selepas dipercayai membangkitkan perpecahan dan suasana tidak harmoni di laman sosial Facebook.

Suspek berusia 26 tahun barasal dari Tawau, Sabah itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung satu posting di Facebook berhubung satu kenyataan.

Beliau berkata, kenyataan tersebut berbunyi, ‘Azan Pulau Pinang Asing-Asing Melalak Serupa Awoo’ yang disertai dengan emoji gambar hidung babi, babi dan anjing.




“Seorang pengadu berusia 33 tahun mendakwa melihat kenyataan itu yang menghina azan dan tidak berpuas hati kerana tidak menghormati senstiviti agama rakyat negara ini.

“Perbuatan wanita itu dianggap sangat tidak wajar dan akan mencetuskan perpecahan kaum dan juga menimbulkan situasi yang tidak harmoni dalam kalangan umat Islam,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shafee, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. K Online

Tukang urut hina azan di Facebook ditahan


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU


Bella pertahankan isu video lucah Aliff



Leave a Reply

Your email address will not be published.