Adab berjiran jika kelaparan tidak perlu tunggu kerajaan

Adab berjiran jika kelaparan tidak perlu tunggu kerajaan. Meruntun hati dan tidak dapat dibayangkan kepayahan apabila semakin ramai mengadu kelaparan, rakyat yang prihatin tidak boleh berdiam diri dan sudah tiba masa untuk menjaga satu sama lain, kata aktivis badan bukan kerajaan (NGO), Prema Thiyagu

Prema yang juga Pengasas Bersama Pertubuhan Pembangunan HOPE Selangor, berkata kini rakyat tidak boleh hanya menunggu bantuan kerajaan sebaliknya perlu berganding bahu menyediakan sebarang bentuk sumbangan tidak mengira berapa nilainya.

“Sudah masanya untuk rakyat jaga rakyat, kita tidak boleh hanya menunggu bantuan kerajaan, kita kena faham bantuan kerajaan perlu lalui pelbagai prosedur dan ia memakan masa, jadi masyarakat perlu tampil untuk membantu.



“Bukan nilai wang ringgit yang kami pandang sebaliknya usaha mereka. Kami pernah terima seorang wanita daripada golongan B40 memberi sumbangan RM20, kerana berasa dia mampu bertahan justeru dia mahu turut membantu,” kata Prema.

Menurut Prema, permohonan bantuan makanan naik mendadak sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, kerana ramai yang berdepan tekanan kewangan susulan hilang punca pendapatan sehingga ada yang terpaksa berlapar.

“Bagaikan mimpi ngeri dan sangat meruntun hati bila kita dapat banyak panggilan, ramai yang mengadu mereka tiada apa untuk dimakan. Saya pernah lihat sendiri ada yang terpaksa makan nasi dengan garam, malah ada yang sudah tiga hari hanya minum air kosong,” katanya.

Prema berkata, kumpulan sukarelawan berdepan kesukaran untuk mengagihkan bantuan lebih-lebih lagi apabila tidak dapat merentas daerah susulan sekatan jalan raya, sehingga mereka perlu menanggung perkhidmatan kos penghantaran.



“Apa yang menjadi masalah apabila nak menghantar barangan bantuan kepada wakil kami di daerah lain, sekarang kami kena keluarkan duit sendiri untuk menggunakan khidmat penghantaran Grab bagi menghantar bantuan,” katanya.

Justeru, Prema berharap kerajaan membuka ruang untuk bekerjasama dengan NGO, supaya dapat menambah tenaga kerja dan menghulurkan bantuan segera kepada golongan memerlukan secara menyeluruh.

“Kami berharap kerajaan khususnya serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat bekerjasama dengan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, dengan cara ini proses pemberian bantuan lebih mudah, cepat dan menyeluruh apabila tenaga kerja ditambah.

“Jika boleh memberi persetujuan, saya rasa selagi kami patuh dan akur pada SOP ditetapkan, ia tidak sepatutnya menjadi masalah,” katanya.



Adab berjiran jika kelaparan tidak perlu tunggu kerajaan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu ugut doktor kontrak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker