Wanita potong zakar suami mahu kahwin tiga

Wanita potong zakar suami mahu kahwin tiga

NEW DELHI – Seorang lelaki di India maut apabila zakarnya dipotong oleh isteri kedua yang berang mendengar perancangannya untuk berkahwin kali ketiga, lapor akhbar New York Post, semalam.

Maulvi Vakil Ahmad, 57, dari Bandar Muzaffarnagar di negeri Uttar Pradesh dilaporkan diserang oleh isteri keduanya, Hazra menggunakan pisau di rumah kediaman mereka, Khamis lalu.



Hazra memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia melakukan jenayah itu ketika suaminya sedang nyenyak tidur.

Wanita itu cuba melaksanakan upacara pengebumian Maluvi dengan bantuan saudaranya namun gerak-geri mencurigakan telah membuatkan jiran melaporkan keadaan itu kepada polis.

Menurut laporan polis, Hazra cuba memujuk mangsa untuk tidak meneruskan hasrat berkahwin kali ketiga namun tidak diendahkan lalu tercetusnya pertengkaran.

Berang dengan keputusan Maulvi, Hazra nekad memotong alat sulit suaminya sebagai jalan terakhir menghalang lelaki itu daripada berkahwin kali ketiga.



Pada mulanya, Hazra bercadang untuk melaporkan perbuatannya kepada pihak polis namun keadaan bertukar buruk apabila Maulvi mengalami pendarahan serius dan mati.

Ketua Balai Polis Bhorakalan, Timbalan Supritendan Jitender Singh memberitahu akhbar Times Of India bahawa Hazra telah ditahan di penjara di bawah seksyen 302 iaitu pembunuhan.

Sementara itu di Brazil, seorang wanita bukan sahaja bertindak kejam membunuh suami sendiri, malah tergamak memotong alat kemaluan lelaki itu sehingga putus.



Lapor Metro, Dayane Cristina Rodrigues Machado, 33, didakwa memotong zakar suami dan memasaknya dengan minyak kacang soya dalam kuali sekitar pukul 4 pagi.

Polis menemui mayat lelaki itu yang dikenali sebagai Andre di kawasan kejiranan Santa Catarina dalam keadaan tidak bernyawa dan berbogel.

Sejurus itu, wanita itu ditahan di bandar Sao Goncalo, Isnin lalu dan pihak polis merampas pisau di tempat kejadian.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Menteri dengan mee segera



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker