Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan

Sebaran :


Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan

Pakej bantuan terbaru digelar “PEMULIH” memang dinantikan ramai yang telah berkurung 1 bulan 17 hari sejak PKP 3.0 bermula.

Namun masih ada beberapa kekurangan yang perlu ditambah baik.

Saya mula dengan tuntutan moratorium automatik tanpa faedah.

Apa yang diumum PM8 tadi bukanlah moratorium automatik. Dan bukan tanpa faedah.

Bank tak rugi satu sen pun. Malah akan mengaut lebih keuntungan.

Peminjam biasa masih perlu memohon tetapi dijanji akan diberi secara automatik manakala peminjam dari kategori perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) masih perlu semakan dan kelulusan bank unuk memberi moratorium.

Namun, perjanjian pindaan syarat-syarat baharu masih perlu ditanda tangan dan ini mengambarkan bahawa tempoh bayaran peminjam bakal dilanjutkan bertahun-tahun lagi walaupun tempoh moratorium cuma sehingga 6 bulan sebab bank tidak mengecualikan sebarang caj faedah.

Ini adalah antara aduan yang diterima sejak tahun lepas oleh peminjam yang rasa tertipu dengan bank yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Sebab itu, PM8 suruh fikir baik-baik sebelum memohon moratorium “automatik” ini sebab ianya akan tambah komitmen pada peminjam.

Seperti biasa, bank tak akan rugi. Malah akan tambah keuntungan.

Moratorium kali ini juga tidak sama dengan tahun lepas di mana faedah serta penalti bagi pinjaman sewa beli (tapi bukan untuk pinjaman lain) telah dikecualikan.

“6 Mei 2020: Moratorium sewa-beli: Bank setuju tidak caj faedah, penalti lewat bayar – Tengku Zafrul”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/685904/moratorium-sewa-beli-bank-setuju-tidak-caj-faedah-penalti-lewat-bayar

Bank-bank yang telah diselamatkan oleh bail-out kerajaan pada krisis tahun 1997-1998 dan juga telah mengaut keuntungan ratusan bilion dalam tempoh 10 tahun lepas patut membalas budi kepada peminjam pada masa yang amat susah ini dengan mengecualikan faedah ataupun memberi diskaun faedah sehingga 50% bagi tempoh 6 bulan moratorium ini.

Sekali lagi, saya saran kerajaan untuk arah bank untuk henti mengugut peminjam dengan panggilan tiap-tiap hari untuk membayar loan selagi negara di bawah Total Lockdown.

Jika peminjam lemas, bank juga akan terjejas pada akhirnya.
NAJIB RAZAK

Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium automatik 6 bulan bermula Julai


Sebaran :

Leave a Reply