Moratorium automatik 6 bulan bermula Julai

Moratorium automatik 6 bulan bermula Julai

PM umum Moratorium automatik 6 bulan bermula Julai

Kerajaan mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan berkuatkuasa Julai hingga akhir tahun ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion hari ini.

Bantuan moratorium itu kali kedua diumumkan kerajaan selepas kali pertama dilaksanakan April tahun lalu.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi program i-Citra dengan pengeluaran maksimum RM5,000 dengan kadar bayaran tetap sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021,” katanya. FMT

Bank-bank komersial di Malaysia mempunyai nisbah modal yang mencukupi, jauh lebih tinggi daripada had minima yang ditetapkan.

Moratorium automatik 6 bulan bermula Julai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pengusaha bas merayu bantuan dari kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker