Resepi Sup Ekor Thai Power




Resepi Sup Ekor Thai Power

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie kita nak kongsi Resepi Sup Ekor Thai Power pula dengan korang. Biasanya kalau nak makan kena order dari kedai tomyam aja kan, kali nie kita cuba masak sendiri pula.

Masak sendiri nie puas lah sikit makan kan. Senang aja resepi Sup Ekor Thai nie korang, cuma ambik masa sikit lah nak lembutkan daging. Jom kita tengok resepinya ya..

Sup Ekor Ala Thai nie senang aja nak masak cuma ambik masa panjang sikit. Tapi kalau korang ada pressure cooker tu boleh lah guna. Kira nak lembutkan 3 jam lebih juga lah. Siap boleh sambil buat kerja lain sambil tunggu daging tu lembut.

Bahan :




1/2 ekor lembu
1 paket sup siam Adabi
1 paket sup bunjut tulang Adabi
2 biji bawang besar – dihiris nipis
4 biji bawang putih
1 sudu sos ikan
Sedikit halia – dihiris
Sedikit lengkuas – diketuk
Sebatang serai – diketuk
Sebiji limau nipis
Sedikit serbuk lada sulah
Daun ketumbar
Daun limau purut
Lobak Merah
Batang saleri
Tomato
Cili Padi

Cara :

Rebus ekor dengan serai dan sup bunjut sehingga lembut.
Kalau korang nak cepat atau ada pressure cooker boleh aja guna hokay.

Kemudian dalam periuk lain, tumiskan bahan hirisan tadi, rempah 4 sekawan sup bunjut tadi dan lengkuas sehingga kekuningan.

Kemudian masukkan rempah sup siam dan tumis sekejap.




Kemudian masukkan ekor yang direbus tadi dengan air rebusan tadi.

Masak sehingga mendidih, kalau korang suka pedas boleh masukkan cili padi yang diketuk.

Bila dah didih, kemudiab masukkan semua sayur tadi.

Kemudian masukkan sos ikan, lada sulah, garam dan sedikit serbuk perasa.

Perahkan limau nipis dan kacau rata.




Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan daun limau purut.

Kacau sekejap, tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Sumber resepi dari CookPad dan Datin Eina Azman

Resepi Sup Ekor Thai Power


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi lala goreng tomyam sedap sungguh



Leave a Reply

Your email address will not be published.