Zaman PN ini tak banyak beza dengan zaman PH – Najib

 

Zaman PN ini tak banyak beza dengan zaman PH. Dulu masa PH, menteri ekonomi PH kata penjualan kepentingan kumpulan rangkaian hospital IHH Berhad bernilai RM8.4 bilion oleh Khazanah kepada Jepun merupakan satu tanda kejayaan pelaburan asing bagi Malaysia.

Minggu lepas, penjualan 16% dalam Hospital swasta Sunway dengan harga RM750 juta kepada GIC pula dilaungkan PM8 sebagai bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.
Yang beli ialah syarikat Greenwood Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura, milik penuh GIC.

Tapi siapakah GIC ini?

GIC ialah nama singkat Government Investment Corp – milik penuh kerajaan Singapura. GIC ialah satu daripada dua tabung kekayaan Singapura seperti Temasek Holdings.
Mereka ini seperti Khazanah Nasional kita.

 

Baru saya faham bahawa menjual hospital Malaysia kepada negara-negara lain adalah satu tanda dan bukti kejayaan negara.

Kenapalah kita buat benda bodoh seperti bina IHH Berhad yang membeli dan membina puluhan hospital-hospital di Singapura, Malaysia, Turki, India, Hong Kong, China dan Brunei sehingga IHH menjadi konglomerat rangkaian hospital kedua terbesar dalam dunia yang bukan tanda kejayaan tetapi bukti negara semakin dijahanamkan Najib pula?

Lalu dijual satu persatu dorang kepada negara lain selepas PRU14 dan dimegah-megahkan sebagai tanda-tanda kejayaan.

Najib Razak

Zaman PN ini tak banyak beza dengan zaman PH

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Najib pesan PN jangan dengar influencer sahaja

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker