Najib pesan PN jangan dengar influencer sahaja


Najib pesan PN jangan dengar influencer sahaja

Kesan pelaburan, pulangan KWSP boleh dikawal jika laksana i-Lestari, i-Sinar 2.0, kata Najib

Najib Razak berkata, langkah membenarkan pengeluaran simpanan menerusi skim i-Lestari dan i-Sinar terbukti tidak memberi impak amat besar kepada pelaburan dan pulangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bekas perdana menteri itu berkata, tindakan itu juga tidak menjejaskan prestasi KWSP pada akhir 2020 dan suku pertama 2021.



Jika kerajaan terus membenarkan pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh daripada jumlah yang dibenarkan sebelum ini bagi membantu rakyat terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, katanya, ia masih boleh mengawal kesan pelaburan dan pulangan KWSP.

“Sekiranya i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 dibuat pada kadar separuh berbanding dahulu pun, impaknya masih boleh dikawal sebagaimana dibuktikan i-Sinar dan i-Lestari 1.0,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz semalam berhubung pandangan pelbagai pihak mengenai kesan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.



Katanya, KWSP dan kementeriannya sentiasa mendengar luahan serta keluhan rakyat, termasuk menjemput “influencer”, peserta daripada kumpulan Facebook yang khusus memfokuskan i-Sinar, i-Lestari dan bantuan kerajaan lain.

“Pada masa sama, ada juga pencarum dan pengulas ekonomi yang mengkritik kerajaan kerana mereka tidak mahu dividen dan simpanan hari tua rakyat tergugat disebabkan kerajaan membenarkan pengeluaran secara besar-besaran dari KWSP.

“Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, ada pelbagai suara menyokong dan membantah. Kami akan cuba untuk mencari penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan semua pihak.”

Najib mengingatkan kerajaan supaya tidak hanya mendengar pandangan “influencer”.



“Dengarlah suara mereka yang hampir sampai ke jalan buntu dan hanya harapkan duit sendiri dalam KWSP sahaja akibat PKP bersambung PKP bersambung ‘total lockdown’ yang dipaksakan ke atas mereka akibat kegagalan bersiri kerajaan untuk melawan Covid-19.” FMT

Najib pesan PN jangan dengar influencer sahaja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Aliff Syukri derita rindu berbelanja di Pavillion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker