Resepi Kek Ogura Pandan Bergedik

Sebaran :

RESEPI KEK OGURA PANDAN BERGEDIK 🍰

Jom cuba buat Resepi Kek Ogura Pandan Bergedik. Petang-petang macam ni, minum kek homemade sambil minum teh memang sedap! Nak sedekah dekat jiran tetangga pun boleh tapi baik-baik takut kena kompaun pula musim PKP ni.

Bahan2👇

40ml minyak jagung
85g tepung naik sendiri (ayak)
95g gula kastor
80ml santan kotak (KARA)
1sk esen vanilla
1/4sk cream of tartar
1sb coconut pandan emulco
1/4sk garam
pewarna hijau pekat
5 biji kuning telur
1 biji telur penuh
5 biji putih telur

Cara Penyediaan👇



whisk telur kuning & telur penuh, masukkn minyak jagung,santan kotak,esen vanilla, garam,emulco pandan coconut whisk baham2 ni hingga sebati kemudian masukkn tepung naik sendiri gaul sebatikan

utk meringue, dlm mixer masukkn putih telur mix hingga berbuih halus kmudian masukkn cream of tartar & sedikit demi sedikit gula castor hingga adunan meringue kilat & soft [email protected] bertanduk (rujuk video utk lebih jelas)

masukkn sedikit demi sedikit adunan meringue dlm adunan tepung tdi hingga habis WAJIB GUNA KAEDAH KAUP BALIK (rujuk video utk lebih faham) gaul hingga dua2 adunan sebati

ambil sedikit adunan utk corak atas (campur dgn pewarna hijau supaya lebih pekat warnanya)



masukkn adunan kek dlm loyang 8 inci lapik baking paper kmudian corakkan dibhgian atas (cara mencorak boleh rujuk video)

masukkn air suam dlm loyang segi empat yg lebih besar letak loyang 8 inci tdi dlm loyang berisi air panas tu kemudian bakar secara waterbath suhu 160° selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya (bergantung pda oven masing)

CARA HASILKAN MERINGUE YG MENJADI ELOK, CARA MENCORAK ATAS KEK & TIPS KEK KEKAL GEBU LEPAS BAKAR BOLEH RUJUK TUTORIAL STEP BY STEP NI👇

#kekogurapandan
#kekogurapandanbergedik
#kekspongepandan
#resepikekspanpandan
#cottonspongecake
#ummiatiyahatifkitchen




Sebaran :

Leave a Reply