Resepi Ikan Kerapu Bara Goreng Halia dan Bawang Putih

Sebaran :

Resepi Ikan Kerapu Bara Goreng Halia dan Bawang Putih

Resepi Ikan Kerapu Bara Goreng Halia dan Bawang Putih

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ikan kerapu
  • Minyak – untuk mengoreng

Bahan A:

  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Sedikit tepung jagung

Bahan B:

  • Segenggan halia muda – dimayang halus
  • Segenggam cili padi – dipotong halus
  • Segenggam bawang putih – mayang halus

Bahan C:

  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 titik minyak bijan
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula

Cara cara:

  1. Lumur ikan kerapu dengan garam kunyit dan sebelum digoreng tabur tepung jagung. Kemudian goreng ikan sehingga garing dengan minyak yang banyak dan pastikan kedudukan ikan adalah melebar dengan kedudukan kepala ikan tegak.
  2. Menggunakan minyak yang sama goreng Bahan B satu persatu sehingga garing dan kuning keemasan dan ketepikan. Kurangkan minyak kepada 1 sudu besar dan masukkan Bahan C dan dimasak sehingga menggelegak dan ketepikan.
  3. Letak ikan di tengah-tengah pinggan, taburkan Bahan B dan siram Bahan C apabila hendak dimakan. Hias dengan daun ketumbar atau daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Kerapu Bara Goreng Halia dan Bawang Putih


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Mee Kuah Daging

 


Sebaran :

Leave a Reply