Plat perancah besi hempap 7 kenderaan


Plat perancah besi hempap 7 kenderaan

Kuala Lumpur: Tujuh kenderaan diletakkan berhampiran tapak binaan bangunan dalam pembinaan bersebelahan Flat Sri Sabah, Jalan Ikan Emas Cheras, di sini, rosak selepas dihempap plat perancah besi yang terjatuh ketika kerja mengangkat dilakukan oleh kren, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.53 pagi.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi.



“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat plat perancah besi terjatuh ketika kerja mengangkat dilakukan kren, menghempap tujuh kenderaan yang diletakkan bersebelahan tapak binaan bangunan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu adalah dua kereta Proton Saga serta masing-masing sebuah Pajero, Proton Wira, Proton Iriz, Perodua Myvi dan Honda City .

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya jam 10.50 pagi,” katanya. HM

Plat perancah besi hempap 7 kenderaan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker