Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan


Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan

Polis menahan dua lelaki penghantar makanan dipercayai terlibat dengan kejadian pergaduhan di Jalan Persiaran Setia Perdana, Setia Alam, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, kejadian berlaku selepas seorang penunggang motosikal penghantar makanan terbabit kemalangan dengan sebuah lori.

“Tular di media sosial sekumpulan lelaki penghantar makanan memukul seorang lagi lelaki disyaki pemandu lori ekoran kemalangan jalan raya.

“Cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian dan usaha untuk mengesan saki-baki suspek sedang giat dijalankan.

“Penunggan motosikal penghantar makanan mengalami kecederaan patah tangan akibat kemalangan dan kini dirawat di hospital,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Baharudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu lori berkenaan difahamkan akan membuat laporan polis berhubung kejadian hari ini.

Ditanya mengenai keadaan seorang penghantar makanan yang dilanggar pemandu polis terbabit, Baharuddin berkata, penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan patah tangan kanan.

“Kini penghantar makanan terbabit sedang dirawat di zon kuning, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” jelasnya.

Baharuddin juga memaklumkan pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya itu dan menjadi mangsa pukul dalam insiden tersebut akan membuat laporan polis di IPD Shah Alam, tengah hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang.

“Semua pihak turut dinasihatkan agar tidak mengambil sebarang kesempatan di dalam isu ini bagi menjaga kesejahteraan awam khususnya masyarakat Shah Alam.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang.

“Semua pihak turut dinasihatkan agar tidak mengambil sebarang kesempatan di dalam isu ini bagi menjaga kesejahteraan awam khususnya masyarakat Shah Alam,” ujarnya. Awani

Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Semalaman jenazah bayi terbiar kerana kesempitan hidup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker