Jangan berkompromi dengan Israel – NGO Islam


Jangan berkompromi dengan Israel – NGO Islam

Malaysia, Indonesia dan Brunei perlu terus konsisten dan tidak berkompromi dengan rejim Zionis walaupun rejim terbabit mahu menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara ini bagi memperbetulkan salah faham berhubung konflik Israel-Palestin.

Gesaan itu dikemukakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa (MANAR); Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Sekretariat Palestin Malaysia dalam kenyataan bersama, hari ini.

Katanya, tiada salah faham atau kekeliruan berhubung jenayah rejim Zionis di Palestin kerana Israel adalah negara haram yang didirikan di Palestin.



Selain itu, gesaan supaya campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin, perlu diteruskan.

“Kenyataan Israel mahu menjalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei adalah tanda negara haram itu sedang melakar agenda percaturan khusus untuk tiga negara Islam di rantau ini.

“Pendirian tiada pertalian rasmi atau tidak rasmi, perlu dikekalkan. Tiada rundingan boleh dilakukan dengan Israel yang perlu dibubarkan dan bumi Palestin perlu dimerdekakan. Inilah satu-satunya penyelesaiannya.

“Kami menegaskan rakyat di tiga negara Islam di rantau ini akan bangkit jika Israel cuba menggugat kedaulatan negara berkenaan,” katanya.



Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni, dalam temu bual bersama Jerusalem Post baru-baru ini, dilaporkan berkata, Israel bersedia menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara.

Tiga negara dengan majoriti penduduk beragama Islam di Asia Tenggara itu mengecam serangan 11 hari Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 250 warga Palestin bulan lalu.

Malaysia, Indonesia dan Brunei juga turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.

Kenyataan NGO itu menyebut, kedutaan di negara lain di Asia seperti Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina mungkin menjadi tapak Israel cuba melakukan operasi pengintipan di rantau ini, tetapi ketegasan rakyat akan sentiasa berwaspada mengingatkan kerajaan supaya tidak berkompromi.



“Percubaan Israel melunakkan kerajaan negara Islam ini akan dipantau dan kami tidak boleh dikompromi. Kami menolak keras jika ada usaha melakukan normalisasi dengan rejim Zionis,” katanya. BH

Jangan berkompromi dengan Israel – NGO Islam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Israel minat jalin hubungan dengan Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker