Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru?

Sebaran :


Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru? Abdul Wahid Gabenor Bank Negara,

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar disebut-sebut bakal dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu.

Spekulasi melibatkan Abdul Wahid semakin kencang sejak beberapa hari ini – sama hangat dengan khabar angin perubahan jawatan nombor satu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang dikatakan akan diumumkan tidak lama lagi.

Khabarnya pencalonan nama Abdul Wahid telah dicadangkan dan dibawa ke peringkat ‘atas’.

Spekulasi membabitkan nama bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini dengan Bank Negara Malaysia bukan baharu.

Ini kerana, nama Abdul Wahid pernah disebut-sebut sebagai pengganti Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada akhir April 2016.

Namun, khabar angin tersebut sekadar ‘gosip’ korporat apabila tempat Zeti digantikan oleh Datuk Muhammad Ibrahim pada 1 Mei 2016, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu.

Bagaimanapun, Muhammad melepaskan jawatannya pada 5 Jun 2018 – dipercayai ada kaitan dengan isu pembelian tanah oleh Bank Pusat itu daripada pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dan penggunaan hasil jualan untuk membayar balik hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Muhammad memegang jawatan itu kurang daripada separuh tempoh lima tahun perkhidmatannya semasa melepaskan jawatan.

Tempat Muhammad kemudian digantikan dengan Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus pada 1 Julai 2018, yang sebelum itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Pelantikan Nor Shamsiah diumumkan oleh Lim Guan Eng yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kewangam selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun hingga 30 Jun 2023.

Lantikan ini menjadikan Nor Shamsiah wanita kedua dilantik ke jawatan penting itu selepas Zeti.

Daripada segi pengalaman, Abdul Wahid bukan calang-calang tokoh korporat dan perbankan.

Dalam korporat, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan UEM Berhad dan UEM World (2001-2004), kemudian Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia (2004-2008).

Beliau juga pernah menduduki kerusi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad (2008-2013) sebelum melepaskan jawatan itu apabila dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Malaysia mulai Mei 2013 – 4 Jun 2016.

Abdul Wahid kemudian dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan PNB pada 1 Ogos 2016 dan melepaskan jawatan itu secara sukarela pada 30 Jun 2018. MG

Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pengantin mati pada malam pertama


Sebaran :

Leave a Reply