Remaja jumpa botol plastik berisi nota merentasi lautan Atlantik

Sebaran :

 

Remaja jumpa botol plastik berisi nota merentasi lautan Atlantik. DALAM dunia yang kian tercemar ini, botol plastik yang terapung di permukaan laut kemungkinan besar akan dianggap sebagai hanyalah sampah biasa.

Namun, bagi seorang remaja Portugis, baru-baru ini dia menemui sesuatu yang tidak dijangka di dalam botol plastik yang dijumpainya.

Christian Santos, 17, menjumpai sekeping nota di dalam botol plastik yang terapung di perairan Azores, Portugal ketika sedang memancing, lapor The Boston Globe.

Ia dianggap menakjubkan kerana menurut nota tersebut, penulis adalah seorang remaja yang berasal Vermont, Amerika Syarikat dan jarak Rhode Island dengan Azores adalah kira-kira 2,400 batu jauhnya.

Ia dipercayai dicampakkan ke laut oleh remaja terbabit sekitar tahun 2018.

Ibu Santos, Molly Santos, dalam satu kenyataan di Facebook turut berkongsikan keterujaan itu kerana dia mahu orang ramai mencari individu yang telah menulis nota dan meletakkannya ke dalam botol plastik itu.

Molly membuat kenyataan itu dengan harapan dapat mencari penulis untuk berkongsi sejauh mana catatan nota itu telah ditemui dan telah merentasi lautan Atlantik.

“Hari ini adalah Hari Kesyukuran. Saya berusia 13 tahun dan sedang melawat keluarga di Rhode Island. Saya dari Vermont,” tulis sekeping nota berdakwat jingga di dalam botol itu.

Nota terbabit turut merangkumi alamat e-mel untuk memberi respons.

Molly Santos mengatakan bahawa dia ada cuba menghantar pesanan e-mel ke alamat yang ditulis di nota itu, tetapi tidak mendapat maklum balas sehingga kini.

Remaja jumpa botol plastik berisi nota merentasi lautan Atlantik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemimpin Amanah soal apa Hadi buat duduk dalam kerajaan


Sebaran :

Leave a Reply