Syed Saddiq mengeluh terpaksa guna duit sendiri


Syed Saddiq mengeluh terpaksa guna duit sendiri

Jumlah keluarga perlu bantuan bertambah, Syed Saddiq terpaksa guna duit sendiri

Syed Saddiq Abdul Rahman memerlukan bantuan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan bagi Food Basket Muar.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, sebanyak 271 keluarga hari ini telah beratur bagi mendapatkan bantuan itu susulan ramai yang hilang kerja atau gaji dipotong susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurutnya, jika trend bantuan ini berterusan, beliau terpaksa menggunakan duitnya sendiri bagi kos bakul makanan yang bernilaiRM65.

Jika sehari sejumlah 271 yang datang memerlukan bantuan itu, beliau perlu mengeluarkan kos sebanyak RM17, 615.

”Satu Bulan gaji saya = 1 HARI Kos bantuan Food Basket kerana ramai keluarga yang susah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Syed Saddiq berkata, jumlah keluarga yang mendapatkan bantuan itu adalah rekod baharu.

Katanya, beliau akan memastikan tidak ada keluarga yang tercicir untuk mendapatkan bantuan tersebut.

“Saya memang memerlukan bantuan sahabat-sahabat, rakan-rakan untuk kongsikan mesej ini untuk menyalurkan sumbangan bagi agenda ini,” ujarnya. MG

Syed Saddiq mengeluh terpaksa guna duit sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Artis mengaku pada polis beli ganja online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker