Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan?

Sebaran :

 

Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan? Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoal kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali yang menafikan kerajaan gagal mengawal Covid-19 sebaliknya berjaya melandaikan jumlah jangkitan.

Ahli Parlimen Pekan dalam catatan Facebooknya hari ini turut mempersoalkan sama ada penggunaan unit rawatan rapi di hospital kini yang melebihi kapasiti juga sebagai satu kejayaan.

“Betul. Rakyat Malaysia memang gemar rehat sembilan bulan dalam setahun untuk pandang siling dalam rumah.

“Apa yang tertulis dalam titah YDP Agong dan Raja-Raja hari itu?” soal Najib.

Kata Najib lagi, Majlis Raja-Raja sudah mengambil maklum perkara-perkara berikut termasuk negara sedang menghadapi wabak Covid-19 dengan angka jangkitan harian yang tinggi meskipun telah berada dalam pemerintahan darurat.

Tambahnya lagi, keadaan ekonomi dan kewangan negara yang membimbangkan dan pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.

Terdahulu Azmin dilaporkan berkata, kerajaan tidak gagal dalam mengawal jangkitan Covid-19 malah sebenarnya telah berjaya mengurangkan landai keluk sehingga kes harian baharu menurun.

Selain itu kata Azmin, kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan berbilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan semua kemudahan sama ada di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Pejabat Kesihatan Daerah mencukupi.

Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


Polis sah terima laporan terhadap Takiyuddin

 


Sebaran :

Leave a Reply