Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram

Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram

Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram

Pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman menimbulkan tanda tanya netizen apabila memadam hampir kesemua gambar dalam Instagram peribadinya, @rizalman71. Adakah Rizalman merajuk ?

Daripada ribuan gambar yang pernah dimuat naik Rizalman dalam Instagramnya sebelum ini, hanya tinggal tiga perkongsian sahaja yang tidak dipadam.



Merujuk tiga hantaran yang tinggal dalam Instagram tersebut, Rizalman atau nama lengkapnya Rizalman Ibrahim hanya meninggalkan hantaran berunsurkan keagamaan, termasuk sebuah hantaran menegur kelakuan pengikutnya dalam laman sosial.

Bukan setakat itu, paparan pada bahagian bio dalam Instagram Rizalman yang sebelum ini memaklumkan tentang makanan apa yang tidak dimakannya juga telah ditukar.

“Di sini bukan lagi panggung,” tulis Rizalman.



Berikutan tindakan Rizalman memadam hantaran dalam Instagramnya, ramai pengikut pereka fesyen tersebut tertanya-tanya punca lelaki itu berbuat demikian.

Bagaimanapun, rata-rata berpendapat bahawa Rizalman mungkin terasa hati dengan netizen apabila dia dihentam teruk baru-baru ini selepas dituduh terlalu ‘kayangan’ apabila tidak menghargai ikan salmon pemberian peminatnya.

Dalam kes tersebut, Rizalman memberitahu bahawa dia tidak pandai menjadikan ikan mahal sebagai makanannya. Dia cuba menjamu kucingnya dengan ikan salmon berkenaan, namun ditolak mentah-mentah si haiwan peliharaannya.

“Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni. Tak payah.



“Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon. Tak reti nak makan. Ikan curut (sardin) cheq (saya) tahu. Tak apalah, mungkin Faizul dan Umar suka kot,” kata Rizalman.

Ekoran tindakan Rizalman sedemikian, ramai melahirkan rasa kurang senang terhadapnya dan mula ingin memboikot produk-produk keluaran pereka fesyen tersebut. K Online

Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ronaldo punca Coca-Cola rugi besar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker