Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar

Sebaran :

PADANG RENGAS – Kerajaan Perak akui telefon pintar yang diagihkan secara percuma menerusi inisiatif program Tuisyen Cikgu Saarani adalah peranti berkualiti rendah yang hanya sesuai digunakan bagi tujuan pembelajaran.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, telefon hasil sumbangan Yayasan YTL itu tidak sesuai digunakan untuk tujuan lain terutama permainan dalam talian memandangkan sistem dan kapasitinya tidak mampu menampung aplikasi-aplikasi berkenaan.

“Telefon pintar ini ada kelebihannya kepada pelajar, namun sekiranya ada yang merungut dengan mengatakan peranti menjadi perlahan ataupun kurang berkualiti, berkemungkinan ada yang menggunakannya untuk tujuan permainan dalam talian seperti ‘PUBG’ atau ‘Mobile Legend’.

“Ini kerana kita tahu penggunaan aplikasi yang berat seperti permainan dalam talian itu akan menjejaskan prestasi peranti berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 150 telefon pintar di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau di sini untuk diedarkan kepada pelajar B40 di kawasan itu pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan video tular di media sosial dimuat naik seorang YouTuber bahawa telefon pintar dibekalkan syarikat telekomunikasi yang menjadi rakan strategik bagi program Tuisyen Cikgu Saarani tidak berkualiti termasuk dari segi kamera, jangka hayat bateri, dan tidak sesuai bagi pemasangan perisian tertentu.

Ahmad Saidi berkata, dengan spesifikasi rendah itu, setidak-tidaknya dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan peranti dan mendorong pelajar ataupun ibu bapa menggunakannya sebaik mungkin bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta tuisyen dalam talian yang disediakan.

Kerajaan PN Kerajaan Ketam

Katanya, telefon pintar berkenaan telah dilengkapi dengan aplikasi FrogPlay yang mana ia memuatkan pelbagai kandungan pendidikan yang membabitkan 1,600 mata pelajaran untuk murid dan pelajar dari Tahun Satu sehingga Tingkatan Enam.

“Dalam aplikasi itu terkandung tuisyen dalam talian yang mana ia memudahkan para pelajar menjalani proses PdPR. Aplikasi FrogPlay itu boleh dimasuki pengguna pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan.

“Malah pelajar yang aktif menggunakan aplikasi pendidikan itu berpeluang mengumpulkan mata ganjaran yang mana ia boleh ditebus sama ada menerusi pelan data percuma mahupun baucar buku percuma,” katanya.

Pada Februari lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan bantuan agihan sebanyak 20,000 peranti di bawah inisiatif berkenaan diedarkan kepada semua pelajar kumpulan B40.

Pengagihan peranti itu dibuat melalui semua Pusat Khidmat DUN di seluruh Perak dan dijangka selesai pada penghujung bulan ini.

Setakat ini tiga kawasan DUN telah menerima agihan telefon pintar Tuisyen Cikgu Saarani iaitu DUN Bukit Chandan, Manong dan Lubuk Merbau yang kesemuanya membabitkan 450 ke 500 peranti.

 

Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19

 


Sebaran :

Leave a Reply