PKRC pertama untuk wanita, ibu hamil dan kanak-kanak

Sebaran :

PKRC pertama untuk wanita, ibu hamil dan kanak-kanak

PKRC pertama untuk wanita, ibu hamil dan kanak-kanak

JOHOR BAHRU – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Olive B Hospital Permai di sini yang pertama dalam negara dikhususkan untuk wanita dan ibu mengandung serta kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mula menerima pesakit, pada Isnin.

Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Salleh berkata, PKRC tersebut merupakan yang ketiga dibuka di Johor dan dapat memuatkan seramai 585 pesakit Covid-19 tahap satu dan dua.

Katanya, pembukaan PKRC itu merupakan persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes jangkitan Covid-19 pada masa akan datang.

“Pesakit wanita yang sedang dikuarantin di PKRC Pasir Gudang tidak akan dipindahkan ke PKRC Olive B Hospital Permai sebaliknya hanya menerima pesakit baharu bergantung kepada 12 buah Pusat Penilaian Covid-19 ( CAC) di Johor,” katanya ketika tinjauan di PKRC Olive B, Hospital Permai, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah PKRC Hospital Permai, Dr Mohamad Faiz Maarof.

Menurut Abdul Rahman, setakat Ahad dianggarkan seramai 726 pesakit terdiri daripada 400 pesakit lelaki dan 326 pesakit wanita sedang dikuarantin di PKRC Pasir Gudang.

Tambah beliau, seramai 8,425 pesakit telah dirawat dan dikuarantin di PKRC Pasir Gudang sejak ia dibuka pada Februari lalu.

Ditanya mengenai kemudahan di PKRC Olive B, Abdul Rahman berkata, bangunan lima tingkat itu mempunyai 40 unit dilengkapi ruang kegiatan riadah dan rekreasi, tempat rehat serta ruang solat.

Selain itu katanya, terdapat sebuah dewan di bangunan berkenaan yang boleh memuatkan 60 pesakit pada satu- satu masa.

“Seramai 100 petugas daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta terlibat memberikan perkhidmatan 24 jam sehari kepada pesakit di PKRC Olive B, Hospital Permai,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru kini bersiap siaga meninjau lokasi untuk dijadikan PKRC awam ketiga di Johor Bahru jika trend jangkitan harian di negeri itu terus meningkat.

“Setakat ini di Johor, terdapat dua PKRC membabitkan PKRC Pasir Gudang yang dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM) manakala PKRC DB di Iskandar Puteri dikendalikan pihak swasta.

“Keadaan sekarang stabil namun kita perlu bersiap siaga mencari lokasi PKRC awam baharu di Johor jika kes jangkitan terus meningkat,” katanya.

PKRC pertama untuk wanita, ibu hamil dan kanak-kanak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19

 

 


Sebaran :

Leave a Reply